05 Januari 2023,Putrajaya -Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah menerima kunjungan hormat oleh YB Tuan Megat Hashirat Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Sains Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau, Perpaduan Masyarakat serta Kesihatan Negeri Perlis.
Dalam sesi mesyuarat ini beberapa perkara telah dibincangkan antaranya memperkasakan kerjasama strategik antara Kementerian Perpaduan Negara bersama Kerajaan Negeri Perlis agar integrasi nasional lebih diperkukuh.