17 Januari 2023,Negeri Sembilan-Lawatan Kerja Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang di Negeri Sembilan dimulakan dengan Program Citarasa Menu KAMI anjuran Kementerian Perpaduan Negara yang bertempat di The Urban Affairs Cafe. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) YBhg. Dato' Hajah Norison Ramli dan Pengarah JPNIN Negeri Sembilan, YBrs. Puan Salasiah Hashim. Inisiatif Citarasa Menu KAMI adalah untuk menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui medium yang lebih santai dan sangat dekat di hati rakyat iaitu melalui hidangan kepelbagaian makanan. Setakat ini,10 premis telah dikunjungi dan lokasi pagi ini merupakan premis ke-11 yang akan menerima Plak Citarasa Menu KAMI oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang.