20 Januari 2023,Perak - Program Galeri UNITI Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara bersama rakan strategik AEON Co. (M) Bhd telah memasuki edisi ke-4 pada tahun 2023.
Program yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 19 Januari 2023 ini menyediakan pelbagai aktiviti silang budaya yang mempersembahkan keunikan dan keistimewaan etnik dan budaya yang ada di Malaysia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Encik Sivanesan A/L Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, YBrs. Dr Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia Aeon Co. (M) Bhd, YBrs. Encik Mohamad Sobri Mat Daud, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perhubungan Antarabangsa KPN serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.