26 Februari 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Harmoni 2023 peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching. Program Harmoni yang dianjurkan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Kembara Perpaduan yang bermatlamat mempertingkat semangat persefahaman, sikap toleransi serta menyemai sifat saling menghormati khususnya dalam kalangan penganut pelbagai agama di Malaysia. Program Harmoni juga turut diadakan di seluruh negara bermula 18 hingga 28 Februari 2023. Program yang dilaksanakan bersempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia ini turut bertujuan untuk meningkatkan peranan pemimpin ketua-ketua agama dan ketua-ketua komuniti dalam menyemarakkan lagi semangat muhibbah dalam kalangan masyarakat khususnya bagi menyantuni warga emas.Pada majlis yang sama, YB Menteri berkesempatan menyantuni warga emas dari Rumah Seri Kenangan, Kuching dan menyerahkan Bakul RAHMAH kepada golongan kurang bernasib baik.