SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
337013125 713822917152436 9058333507992151800 N

22 Mac 2023, Sepang - Arkib Negara Malaysia bersama Malaysia Airports Holdings Berhad telah mengadakan Pameran Eksklusif Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee bersempena memperingati 50 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee . Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang  merasmikan Pameran Ekslusif Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) hari ini.

Penganjuran Pameran eksklusif ini merupakan kerjasama oleh Arkib Negara Malaysia bersama Malaysia Airports sempena 50 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan sumbangan beliau dalam mempromosikan perpaduan melalui bidang seni. Pameran yang bermula pada 21 Mac hingga 31 Mei 2023 ini bertujuan menyebarluaskan maklumat berkaitan ketokohan dan sumbangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang telah banyak berjasa kepada negara. Turut hadir, Pengerusi Malaysia Airports Holding Berhad, Tan Sri Datuk Zainun Ali, Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs Dr Kang Tong Hum, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg. Dato' Jaafar Sidek Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Ketua Pengarah JPNIN, YBhg. Dato' Hajah Norison dan Ramli.
1

20 Mac 2023, Kuala Lumpur - Menjelang Ramadan yang akan muncul beberapa hari saja lagi, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang meraikan sebahagian petugas media dalam Majlis Temu Mesra bersama Editor Media hari ini. Petugas media seperti wartawan dan pengarang, menjadi medium yang sangat penting di dalam membantu menyebar luas mesej-mesej berkaitan rasa kasih sayang terhadap negara, keharmonian sesama bangsa dan agama serta menyuntik semangat patriotisme di kalangan rakyat. 

Majlis sederhana ini berlangsung secara santai dan dihadiri oleh pengarang kanan syarikat media berpengaruh di seluruh negara. YB Menteri turut berkesempatan berkongsi mengenai Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI yang dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian.
Menariknya juga, editor yang hadir turut bersama-sama menyertai sesi bacaan ikrar Rukun Negara yang menjadi agenda utama dalam setiap majlis anjuran Kementerian.
335370176 998102537873609 5852371974145583254 N

13 Mac 2023, Shah Alam - Program Semarak Perpaduan adalah Program di bawah kluster Kembara Perpaduan. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian.  Penganjuran program ini bertujuan untuk memperluas tapak integrasi sosial di samping mempertingkat jalinan muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya.

Bermacam-macam aktiviti disediakan untuk tatapan pengunjung yang hadir, antaranya  Pameran Rumah KAMI ,Pameran Jabatan & Agensi, Pameran Detik-detik PerpaduanUnity Townhall bersama Selebriti Perpaduan

 

336798428 1298825834004539 8750294613766151959 N

18 Mac 2023, Kuala Lumpur - Program My Hero yang dikategorikan di bawah Kluster Program Semarak Perpaduan merupakan kolaborasi yang sangat bertepatan dengan nilai-nilai Malaysia MADANI yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri. Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBrs. Dr Kang Tong Hum telah melancarkan Program My Hero 4.0 Tahun 2023 di Wisma Chinese Chamber, Kuala Lumpur.

Pendekatan yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian (Unity In Diversity) ini selari dengan Dasar Perpaduan Negara di mana keupayaan rakyat Malaysia meraikan kemajmukan etnik, kepelbagaian agama, kekayaan budaya serta tradisi. Penganugerahan My Hero 4.0 merupakan satu inisiatif murni yang memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan ketabahan, keberanian dan keazaman yang tinggi dalam membantu rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Turut hadir, YBhg. Datuk Ng Yih Ping, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli
333566015 193432896651408 6885876353636870582 N

13 Mac 2023, Shah Alam - Pusat Transformasi Bandar (UTC) sememangnya sinonim dengan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di siniDatuk Aaron telah menyerahkan Plak Citarasa Menu KAMI kepada Kafeteria UTC, Selangor. Antara tempat yang menjadi pilihan pengunjung untuk menjamu selera pastilah Kafeteria yang menawarkan pelbagai jenis citarasa dan juadah pelbagai bangsa. Istimewanya, di sini juga menawarkan Menu RAHMAH kepada pelanggan.

 
LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In