31 Ogos 2023, Putrajaya -Kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI bersama-sama turut serta dalam acara Perarakan dan Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 yang diadakan di Dataran Putrajaya. Kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI yang diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara ini memiliki kekuatan seramai 400 orang yang terdiri daripada warga Kementerian, Jabatan, Agensi dan pelajar Universiti di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Perbarisan yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN kali ini membawakan keunikan yang tersendiri dengan memperagakan pakaian tradisional etnik pelbagai kaum.Inisiatif ini merupakan salah satu penterjemahan slogan Kementerian Perpaduan Negara iaitu Perpaduan dalam Kepelbagaian melalui pakaian tradisi yang jua selari dengan tema pada tahun ini iaitu 'Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'.