6 Julai 2024, Kuala Lumpur - YBhg. Datuk Azman bin Mohd. Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Program Art Show: Muzik, Seni, Pendidikan dan Uniti di sini, hari ini. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Pusat Pengajian Seni Digital dan Imej, Universiti Teknologi MARA (UiTM), cawangan Selangor.