8 Februari 2025, Perak - Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan Program Jom Ronda Bersepadu Skim Rondaan Sukarela dan Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Chepor Raya, Kinta, Perak Darul Ridzuan.
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perak melalui KRT Taman Chepor Raya Kinta ini seiring dengan Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif dengan memberikan tumpuan kepada bidang Keselamatan dan Ketahanan bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang kondusif agar komuniti dapat hidup dalam suasana yang Selamat, Selesa, Sejahtera dan Sihat atau dikenali sebagai Komuniti 4S.