15 April 2022, Terengganu - Sukan mampu menjadi landasan terbaik dalam memupuk dan memperkasa perpaduan antara kaum terutama sekali dalam komuniti rukun tetangga. Bulan Ramadan bukan alasan untuk kita lepaskan peluang untuk sama-samaa mengamalkan gaya hidup sihat. Tahniah Jiran Muda KRT Kg Sura, Terengganu atas penganjuran Futsal Muhibbah Sahur 2022 pada bulan Ramadan. Mengambil peluang selepas waktu terawih adalah waktu terbaik untuk sama-sama memberi sokongan dan melibatkan diri dengan aktiviti riadah.Syabas Jiran Muda KRT Kg Sura, Terengganu. Semoga ukhuwah terus terjalin antara satu sama lain.