15 April 2022, Terengganu - Ringankan tangan dengan memberi dan menggembirakan mereka yang memerlukan. Warga emas, OKU, asnaf dan ibu tunggal diraikan dalam majlis ringkas sempena Program Imarah Ramadan. Program Imarah Ramadan yang dilaksanakan ini merupakan kolaborasi bersama PERKIBUT dan Pejabat Perpaduan Daerah Hulu Terengganu dengan sokongan dari beberapa KRT hebat seperti KRT Kg Nibong, KRT Kg Paloh Nyior, KRT Kg Matang dan KRT Bukit Acheh. Tahniah KRT-KRT aktif yang turut serta dalam program anjuran PERKIBUT ini.
Semoga yang menerima dicukupkan keperluan, dan yang memberi diluaskan rezeki.