26 April 2022, Melaka - Memasak bubur lambuk adalah tradisi bulan Ramadan yang diteruskan zaman berzaman. Aktiviti memasak ini telah melibatkan ahli KRT Melekek Luar, Alor Gajah, Melaka. Sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat oleh kerana sudah dua tahun program mengacau bubur lambuk ini tidak diadakan. Penganjurannya secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah dan silaturahim antara Ahli Jawatankuasa KRT, Peronda SRS dan komuniti setempat. Indahnya perpaduan Keluarga Malaysia!