13 April 2022, Pulau Pinang - Terima kasih kepada Peronda SRS Permatang Sintok tetap bersemangat meneruskan aktiviti rondaan selepas solat terawih mengikut jadual rondaan yang dirancang. Amalan berpuasa pada Bulan Ramadan tidak dijadikan alasan untuk meninggalkan tanggungjawab mereka terhadap penduduk pada masa sekarang. Pengerusi SRS Permatang Sintok Tuan Puzi Muhammad berkata, aktiviti rondaan di sekitar Permatang Sintok akan tetap dilaksanakan dalam bulan ini demi memastikan keselamatan harta-benda dan ketenteraman penduduk terjamin sepanjang masa.