1 Okt 2020 — Satu mesyuarat bersama Presiden dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) telah diadakan pada hari ini. Pertemuan ini dihadiri seramai 13 orang wakil MCCBCHST yang terdiri daripada Presiden dan Ahli Jawatankuasa yang mewakili badan dan pertubuhan agama-agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao.
Kementerian menyambut baik kehadiran Ahli Jawatankuasa MCCBCHST untuk beramah mesra dan mewujudkan persefahaman serta keharmonian antara penganut agama di Malaysia.