| Event Date | 10-11-2025 |
10 November 2025, Kuala Lumpur - Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN) ialah sebuah platform digital yang membolehkan orang awam melaporkan sebarang isu atau ancaman yang boleh menjejaskan perpaduan dan keselamatan komuniti.
Melalui inisiatif seperti RAKAN dan e-Sepakat, Kementerian Perpaduan Negara komited untuk memastikan setiap laporan yang diterima dianalisis, diambil tindakan sewajarnya, dan dimanfaatkan bagi memperkukuh keharmonian serta perpaduan rakyat Malaysia.
Antara jenis isu yang boleh dilaporkan melalui RAKAN termasuk:
Orang awam boleh mengakses platform ini dengan mudah melalui laman web rasmi:
Ini merupakan jawapan YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara kepada soalan daripada YB Hassan bin Saad, Ahli Parlimen Baling, mengenai langkah-langkah Kementerian Perpaduan Negara dalam memastikan laporan melalui sistem e-Sepakat benar-benar digunakan bagi mencegah konflik perkauman dan meningkatkan keharmonian nasional.