SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Kunjungan Hormat daripada Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia kepada Menteri Perpaduan Negara

Kunjungan Hormat daripada Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia kepada Menteri Perpaduan Negara

Event Information

Event Date 26-01-2026
WhatsApp Image 2026 01 26 At 181154 3

26 Januari 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia.

Pertemuan ini menzahirkan komitmen bersama dalam memperkukuh usaha pemerkasaan budaya warisan kepelbagaian etnik sebagai elemen teras pembinaan jati diri dan identiti masyarakat. Sehubungan itu, Malaysia melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menjalin kerjasama strategik bersama The Federal Agency for Ethnic Affairs, Persekutuan Rusia dalam merangka serta melaksanakan dasar-dasar negara yang berkaitan dengan pengurusan dan pemerkasaan kepelbagaian etnik.

Perbincangan ini turut menumpukan kepada pembentukan kerjasama strategik dalam bidang perpustakaan sebagai sebahagian daripada kerangka dasar hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia. Kerjasama tersebut merangkumi pertukaran kepakaran profesional, pembangunan dan pengukuhan sumber maklumat, pelaksanaan penyelidikan bersama, serta pendigitalan koleksi warisan ilmu.

Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkukuh diplomasi pengetahuan dan kerjasama kebudayaan, bertujuan memperluas akses kepada ilmu pengetahuan, merangsang inovasi dalam pengurusan maklumat, serta mempertingkat pertukaran pengalaman dan amalan terbaik antara institusi perpustakaan kedua-dua negara.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In