SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Lawatan Rasmi Delegasi Kementerian Perpaduan Negara Sempena Green Summer Volunteer Campaign Ke-33

Lawatan Rasmi Delegasi Kementerian Perpaduan Negara Sempena Green Summer Volunteer Campaign Ke-33

Event Information

Event Date 14-08-2026
WhatsApp Image 2026 08 16 At 213108

14 Ogos 2026, Vietnam- Kunjungan Hormat Delegasi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara kepada YBrs.Tuan Nguyen Loc Ha, Naib Presiden Tetap Jawatankuasa Rakyat Bandar Raya Ho Chi Minh telah diadakan sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Green Summer Volunteer Campaign ke-33.

Pertemuan ini turut menjadi platform bagi KPN dan YSS untuk mendapatkan perkongsian berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan dan mobilisasi sukarelawan dalam skala besar, khususnya dari aspek penglibatan belia yang tersusun, sistematik, berintegriti dan berimpak.

Kepimpinan Kesatuan Belia Bandar Raya Ho Chi Minh turut menekankan kepentingan hubungan Malaysia–Vietnam serta menyatakan komitmen untuk meneruskan kerjasama dalam bidang kesukarelawanan dan pembangunan belia, susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama YSS pada Februari 2025. Kerjasama berterusan ini berpotensi memperkukuh diplomasi belia, memperluas jaringan kesukarelawanan serta menyokong aspirasi kerjasama belia di peringkat ASEAN.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In