Event Date | 17-11-2023 |
25 Januari 2022, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara telah membuka tirai tahun 2022 dengan penganjuran Majlis Amanat 2022 Kementerian Perpaduan Negara pada hari ini. Dalam ucapan amanatnya, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique telah menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga KPN atas sokongan dan kejayaan yang diraih sepanjang tahun 2021
Dengan tema “Cabaran Didepani, Aspirasi Digapai” yang menjadi intipati utama dalam mengharungi tahun 2022, Kementerian Perpaduan akan sedaya upaya memastikan segala apa yang direncanakan dapat direalisasikan.