SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Apresiasi dan Makan Malam Liga Sukan UNITI Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan

Majlis Apresiasi dan Makan Malam Liga Sukan UNITI Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan

Maklumat Program

Tarikh Program 17-11-2023
401471626 754645883366708 1420745422542241321 N

17 November 2023, Putrajaya - YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Apresiasi dan Makan Malam Liga Sukan UNITI Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melaksanakan Liga Sukan UNITI Peringkat Negeri yang berlangsung pada bulan September dan Oktober lalu berjaya menyatukan lebih daripada 15,000 peserta dari seluruh Malaysia.
 
Liga Sukan UNITI bukan sekadar kejayaan di gelanggang sukan, tetapi juga menggambarkan bagaimana sukan mampu membina ikatan, membangunkan kecemerlangan, dan memelihara semangat kebersamaan. Sukan adalah bahasa yang dapat menyatukan kita di luar perbezaan.
 
Turut menghadiri majlis apresiasi ini ialah mantan-mantan atlet kebangsaan bagi setiap jenis sukan yang dipertandingkan di Liga Sukan UNITI tahun 2023 seperti YBhg. Dato' Zainal Abidin Hassan, YBhg. Datuk K.Rajagobal A/L R Krishnasamy, Puan Rosmani @Rosnani binti Ismail @ Kadir, Puan Nor Aidah binti Aiffin, YBhg. Dato’ Rashid bin Dato’ Hj. Sidek, Puan Goh Liu Ying, Encik Ng Swee Fong, dan Encik Cheng Shee Mun.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet