| Event Date | 24-10-2026 |
25 Oktober 2026, Sarawak - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan Program Kenduri Rakyat MADANI Tahun 2026 Bahagian Serian Sarawak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Dewan Serian.
Pada tahun ini, Kerajaan telah memperkenalkan dua inisatif iaitu Program Kenduri Rakyat MADANI dan Program MADANI Kita sebagai pendekatan untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat serta memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi. Program Kenduri Rakyat MADANI mengangkat budaya kenduri sebagai wadah menyatukan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang, manakala Program MADANI Kita memperluas jangkauan perkhidmatan kerajaan kepada komuniti.
Program Kenduri Rakyat MADANI dan Program MADANI Kita membawa matlamat yang sama iaitu menyuburkan semangat kebersamaan, menggalakkan interaksi antara masyarakat dan memastikan rakyat serta menghidupkan budaya masyarakat yang menjadi asas pembinaan negara bangsa. JPNIN telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah dan penyelaras pelaksanaan kedua-dua program ini di 14 lokasi di seluruh negara.
YB Dato Sri Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berharap agar “setiap pelaksanaan program dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pemimpin komuniti dan rakyat, sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih dekat, mudah diakses dan memberi manfaat kepada masyarakat”.Tambah beliau lagi, “KPN sentiasa memberikan penekanan terhadap pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai wadah menyatukan masyarakat dan menggerakkan perpaduan di peringkat akar umbi.