SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Kenduri Rakyat MADANI Tahun 2026 Bahagian Serian Sarawak 2026

Program Kenduri Rakyat MADANI Tahun 2026 Bahagian Serian Sarawak 2026

Maklumat Program

Tarikh Program 24-10-2026
WhatsApp Image 2026 10 24 At 132000 1

25 Oktober 2026, Sarawak - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan Program Kenduri Rakyat MADANI Tahun 2026 Bahagian Serian Sarawak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Dewan Serian.

Pada tahun ini, Kerajaan telah memperkenalkan dua inisatif iaitu Program Kenduri Rakyat MADANI dan Program MADANI Kita sebagai pendekatan untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat serta memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi. Program Kenduri Rakyat MADANI mengangkat budaya kenduri sebagai wadah menyatukan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang, manakala Program MADANI Kita memperluas jangkauan perkhidmatan kerajaan kepada komuniti.

Program Kenduri Rakyat MADANI dan Program MADANI Kita membawa matlamat yang sama iaitu menyuburkan semangat kebersamaan, menggalakkan interaksi antara masyarakat dan memastikan rakyat serta menghidupkan  budaya masyarakat yang menjadi asas pembinaan negara bangsa. JPNIN telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah dan penyelaras pelaksanaan kedua-dua program ini di 14 lokasi di seluruh negara.

YB Dato Sri Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berharap agar “setiap pelaksanaan program dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pemimpin komuniti dan rakyat, sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih dekat, mudah diakses dan memberi manfaat kepada masyarakat”.Tambah beliau lagi, “KPN sentiasa memberikan penekanan terhadap pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai wadah menyatukan masyarakat dan menggerakkan perpaduan di peringkat akar umbi.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet