| Event Date | 24-01-2026 |
24 Januari 2026, Perak - Sebanyak RM600 ribu telah diperuntukkan kepada 120 buah KRT di seluruh negara bagi melaksanakan aktiviti di bawah Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI Tahun 2026. Majlis penyerahan cek cura program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Bagi Bandar Ipoh, sebanyak 10 KRT akan menerima peruntukan ini iaitu RM5 ribu bagi setiap KRT. Program Satelit Komuniti MADANI ialah satu inisiatif di bawah Program MADANI Rakyat (PMR) dengan penyertaan lebih tujuh (7) buah agensi kerajaan utama termasuk KPN yang memfokuskan usaha untuk memperkukuh perpaduan, kesejahteraan sosial dan pembangunan komuniti secara menyeluruh.
YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata, KPN yakin program ini dilaksanakan tepat pada masanya kerana selari dengan program teras Komuniti MADANI, iaitu satu daripada kluster utama KPN bagi tahun 2026 yang bertujuan memperkukuh semangat kejiranan dan kebersamaan dalam masyarakat.