SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Seminar Antarabangsa Melayu Diaspora 2026

Seminar Antarabangsa Melayu Diaspora 2026

Maklumat Program

Tarikh Program 10-10-2026
WhatsApp Image 2026 10 10 At 124551 2

10 Oktober 2026, Kuala Lumpur - Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menerusi Muzium Etnologi Dunia Melayu telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Melayu Diaspora 2026 yang dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bertempat di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

Seminar ini merupakan sebahagian usaha memperkukuh penyelidikan dan pertukaranilmu mengenai sejarah serta perkembangan diaspora Melayu, memperluas jaringan kerjasama antara institusi akademik, kebudayaan dan masyarakat Melayu di peringkat antarabangsa, serta memperkasa usaha pemeliharaan bahasa, seni, adat dan warisan Melayu untuk generasi akan datang.

Penganjuran Seminar Antarabangsa Melayu Diaspora 2026 ini juga menyediakan platform kepada para penyelidik, ahli akademik dan  penggiat bidang kebudayaan dari dalam dan luar negara untuk membentangkan hasil kajian, berkongsi pengetahuan serta bertukar pandangan melalui pendekatan pelbagai disiplin seperti sejarah, antropologi, sosiologi, linguistik dan kebudayaan.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam ucapannya berkata, “Diaspora Melayu perlu dilihat sebagai asset  diplomasi budaya Malaysia membawa bahasa, seni, adat, makanan, agama dan sejarah Melayu merentasi sempadan. Kementerian  Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam memelihara dan memperkasa warisan persuratan Melayu melalui pemuliharaan manuskrip Melayu, koleksi nadir, bahan bercetak dan sumber digital”.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet