4 Disember 2021 - Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga, RT4ALL meliputi Gerak Kerja KRT Sejahtera, Gerak Kerja KRT Selamat, Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah dan Gerak Kerja KRT Sihat menjadi rujukan gerak kerja yang lebih kemas dan tersusun kepada kepimpinan Rukun Tetangga.
Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga yang dihasilkan ini merupakan rangka kerja yang berfokuskan kepada pendekatan berasaskan keberhasilan dalam pelaksanaan program-program untuk kumpulan sasar.
Dengan sokongan dan kerjasama agensi persekutuan dan negeri, maka terhasil inisiatif menyediakan khidmat tusyen percuma kepada pelajar-pelajar SPM di Apartment Megah Villa, Kota Warisan, Sepang.
Pelancaran Inisiatif Tuisyen Percuma serta Perasmian Mural Antidadah Apartment Megah Villa,Kota Warisan Sepang telah disempurnakan oleh Tuan Khairil Azali bin Ibrahim, Pegawai Daerah Sepang dan Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Negeri Selangor.
Penganjuran majlis telah dijayakan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Megah Villa, Kota Warisan dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Sepang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Sepang.