15 Julai 2021 — Team MOVAK telah menggerakkan Unit Panggilan, Unit Mobilisasi & Unit Tindakan Komuniti untuk bantu melancarkan pemberian vaksin COVID19 kepada golongan orang asli dan penduduk kampung pedalaman di sana. Seramai 250 orang telah menerima suntikan vaksin COVID19 di dalam tiga (3) unit Bas Mobilisasi Vaksin MOVAK. YB Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan YB Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah meluangkan masa melihat proses vaksinasi yang berlangsung di dua kampung ini.