10 Januari 2023,Perlis-Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang menghadiri Majlis Perjumpaan dan Amanat Peringkat Negeri Perlis dan Kedah di Dewan 2020, Kangar.Majlis Amanat YB Menteri Perpaduan Negara itu dihadiri oleh hampir 700 warga Kementerian yang terdiri daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia bagi Negeri Perlis dan Kedah.
YB Datuk Aaron Ago Dagang turut berharap seluruh warga Kementerian dan Agensi dapat memberikan sokongan dan komitmen terbaik dalam merealisasikan program-program yang telah dirancang ini.