SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
333310921 773679087510464 5883236246913524015 N

26 Februari 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Harmoni 2023 peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching. Program Harmoni yang dianjurkan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Kembara Perpaduan yang bermatlamat mempertingkat semangat persefahaman, sikap toleransi serta menyemai sifat saling menghormati khususnya dalam kalangan penganut pelbagai agama di Malaysia. Program Harmoni juga turut diadakan di seluruh negara bermula 18 hingga 28 Februari 2023. Program yang dilaksanakan bersempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia ini turut bertujuan untuk meningkatkan peranan pemimpin ketua-ketua agama dan ketua-ketua komuniti dalam menyemarakkan lagi semangat muhibbah dalam kalangan masyarakat khususnya bagi menyantuni warga emas.Pada majlis yang sama, YB Menteri berkesempatan menyantuni warga emas dari Rumah Seri Kenangan, Kuching dan menyerahkan Bakul RAHMAH kepada golongan kurang bernasib baik.

Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Noridah Abdul Rahim, KSU KPN, pemimpin-pemimpin agama, pemimpin-pemimpin komuniti serta warga Kementerian.
[thumb_gallery source="directory: images/2023/aktiviti/26.2.2023" limit="25" caption="no" zoom_type="light

333281106 621810546419865 3616178326198717789 N

24 Februari 2023, Kuala Lumpur -Program Kelantan Art & Culture ini menampilkan keunikan, kesenian, kebudayaan dan tradisi Negeri Kelantan yang dibawa khas dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pelbagai pengisian menarik yang bertemakan kebudayaan dan tradisi Negeri Kelantan seperti dikir barat, demonstrasi pembuatan wau, batik, keris, permainan tradisional, makanan tradisi dan banyak lagi turut menjadi antara tarikan pengunjung di sini. Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBrs. Dr Kang Tong Hum telah hadir ke sesi Walkabout Program Kelantan Art & Culture Festival Tour yang berlangsung selama tiga 3 hari bermula 24 Februari lalu di perkarangan Muzium Negara.

Kementerian sentiasa menggalakkan agensi-agensi di bawahnya seperti Jabatan Muzium Malaysia untuk menterjemahkan halatuju Kementerian dalam melaksanakan program-program penyatupaduan masyarakat melalui penghayatan sejarah, seni dan budaya yang juga selaras dengan Dasar Perpaduan Negara.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato' Haji Md Nizam dan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, YBhg. Datuk Kamarul Baharin.
 
329157509 1923822361295332 8738152982300154026 N

8 Februari 2023, Putrajaya - Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian. Perancangan kerja Kementerian terus diperhalusi untuk manfaat masyarakat.

328843902 1595697040897299 4119268635963144723 N

10 Februari 2023, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pendidikan Rukun Negara Bil. 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara KPN, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim.

Mesyuarat yang diadakan adalah bagi membincangkan hala tuju pemantapan Rukun Negara selaras dengan rangka dasar pembinaan Malaysia MADANI.

327184005 459772539576813 5970164805088672794 N

8 Februari 2023, Putrajaya - Hari ini, Kementerian Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Pejabat Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang. Perbincangan yang berlangsung dalam suasana yang cukup menggembirakan itu meliputi perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal kedua-dua negara khususnya berkaitan pemantapan integrasi nasional, warisan negeri serta kerjasama untuk program “Unity in Diversity”.

Semoga hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun ini dapat membentuk kerjasama strategik yang berkesan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan memelihara keharmonian negara. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim dan Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, YBrs. En Mohd Sobri Daud.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet