10 Mac 2023, Kuala Lumpur - Program Galeri UNITI yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara bersama rakan strategik AEON Co. (M) Bhd telah memasuki edisi ke-5 dan kini berlangsung di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Program ini yang merupakan inisiatif di bawah Kembara Perpaduan Malaysia MADANI menyediakan pelbagai aktiviti silang budaya dengan mempersembahkan keunikan dan keistimewaan etnik yang ada di Malaysia. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang. Datuk Aaron yang turut menyerahkan momento Rakan Strategik kepada Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON Co. (M) Bhd, YBrs. Dr Kasuma Satria Mat Jadi. Usaha memperkasa agenda perpaduan dengan sokongan pelbagai pihak termasuk agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan akan terus dipertingkat dalam membangun Malaysia MADANI.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs. Dr Kang Tong Hum dan Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi serta pegawai-pegawai Kanan Kementerian.