09 Julai 2023, Putrajaya - Majlis Pelancaran Ini Warisan Kita telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya. Program yang bertemakan “Melestarikan Perpaduan” ini sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam membangun Malaysia MADANI yang menerapkan elemen hormat-menghormati serta menjadikan warisan sebagai salah platform pengukuhan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Objektif utama penganjuran program Ini Warisan Kita adalah bagi melestarikan perpaduan dengan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah warisan negara ini.