06 Julai 2023, Kedah -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Pelancaran Galeri Maya Eksplorasi Negarawan #klikdijari atau eNegarawan. Pelancaran e-Negarawan ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang dibawa oleh Kementerian Perpaduan Negara bagi menyemai, memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan melalui rasa cinta kepada negara.
Eksplorasi Negarawan adalah satu produk yang dibangunkan oleh Arkib Negara Malaysia berkonsepkan lawatan secara maya bagi menyebarluas maklumat dan pemahaman mengenai tokoh-tokoh negarawan di Malaysia.
Platform lawatan maya sebegini seiring dengan perkembangan dan penggunaan teknologi digital masa kini yang bukan sahaja dapat menarik minat golongan muda malah mampu memperkasakan konsep kebudayaan pintar dan ekosistem pelancongan negara.