03 Oktober 2023, Kuala Lumpur -YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Program Bicara Eksekutif: Perpaduan Acuan MADANI yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin, Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bicara Eksekutif dengan bertemakan Perpaduan Acuan MADANI yang sangat relevan dan bertepatan dengan misi MADANI yang menekankan acuan perpaduan sebagai pemacu kepada kemakmuran negara. Dalam majlis yang sama, YBhg. Datuk KSU turut melafazkan bacaan Ikrar Rukun Negara bersama-sama YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Timbalan Ketua Pengarah PNM. Semoga program sebegini dapat memberi impak yang signifikan kepada masyarakat di mana isu perpaduan.