05 Oktober 2023, Kuala Lumpur-Anugerah Francais Malaysia merupakan program tahunan anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Pelaksanaan Anugerah ini merupakan manifestasi penghargaan kepada penggiat industri tempatan yang berusaha mengekalkan prestasi cemerlang yang setanding dengan jenama global. Anugerah Francais Malaysia juga telah mengiktiraf lebih 100 syarikat dan individu sebagai tanda aras kepada sektor francais.YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara turut menerima Anugerah Khas dalam Majlis yang berlangsung itu.