07 Oktober 2023, Kuala Lumpur-Perlawanan Amal UNITI Pestabola Merdeka yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras. Kejohanan tersebut menyaksikan perlawanan antara Pasukan Lagenda Malaysia bersaing dengan Pasukan Selebriti/SAM.Sukan adalah elemen yang mampu menyatupadukan masyarakat tanpa mengira perbezaan. Tidak boleh dinafikan bahawa sukan adalah platform berkesan dalam membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Penganjuran Pestabola Merdeka kali ini adalah usaha Kementerian dalam merealisasikan agenda perpaduan dalam bidang sukan. Melalui sukan, dapat kita saksikan ia mampu menjadi tapak integrasi pelbagai kaum.Turut hadir, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBrs. Encik Mohd Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN dalam memberikan sokongan sepanjang perlawanan berlangsung.