06 Oktober 2023, Kuala Lumpur-YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Program Warisan - Pameran Hari Tuai yang diadakan selama dua (2) hari pada 6 dan 7 Oktober di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur.Setiap etnik dan kaum melahirkan kepelbagaian budaya yang dipraktikkan sejak berkurun lama. Masing-masing mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Generasi kini bertanggungjawab untuk mempelajari dan menghayati setiap budaya ini agar dapat dikongsi dan dinikmati oleh generasi akan datang.Kepada orang ramai, jemput hadir ke Program Warisan - Pameran Hari Tuai ini. Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik menanti anda! Bawa bersama ahli keluarga dan saudara mara, bersama-sama kita semarakkan perpaduan dengan menghayati etnik dan budaya di Malaysia.