09 Oktober 2023,Putrajaya-YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan satu mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara bagi memuktamadkan beberapa perkara sebelum berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan (MexUnity).Mesyuarat MexUnity nanti akan dipengerusikan oleh YB Datuk Aaron manakala keahliannya adalah terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio Perpaduan di setiap negeri dan EXCO Hal-Ehwal Agama Selain Islam.