3 Disember 2020, Putrajaya – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Datuk Wan Suraya Binti Wan Md Radzi, hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Perpaduan Negara dan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Majlis telah dilaksanakan secara atas talian sejajar dengan pembudayaan norma baharu mencegah penularan wabak Covid-19. Inisiatif kerjasama bersama BSN dan AKPK ini akan membantu komuniti jentera perpaduan untuk menambahbaik kualiti kehidupan melalui pengurusan kewangan dan kredit yang teratur serta memberi pendedahan mengenai kepentingan pengurusan kewangan dan kredit.