- Details
- 2221
19 Mei 2024, Kuala Lumpur - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Program Malaysia National Wesak Hi-Tea 2024 di Buddhist Maha Vihara bertempat do Brickfields pada hari ini.
19 Mei 2024, Kuala Lumpur - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Program Malaysia National Wesak Hi-Tea 2024 di Buddhist Maha Vihara bertempat do Brickfields pada hari ini.
18 Mei 2024, Negeri Sembilan - Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sembilan tahun 2024 telah disempurnakan oleh YB Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Exco Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO.
Turut hadir, YBhg Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.
Sambutan pada kali ini disertai oleh jentera perpaduan, risi, jpkk, srn, krn, agensi kerajaan dan swasta, NGO.
Sesi Penyampaian Mock Cheque juga telah berlangsung dan telah disempurnakan oleh YB Exco bagi:
1. Geran Rukun Tetangga 2024 bagi 342 Rukun Tetangga di seluruh Negeri Sembilan sebanyak RM2,052,000
2. Inisiatif @eratns daripada kerajaan Negeri Sembilan telah menerima peruntukan sebanyak RM460,000.
3. Sekretariat Rukun Negara IPTA & IPTS seluruh Negeri Sembilan sebanyak RM36,000.
4. Penyampaian starter kit kepada 120 Tabika Perpaduan berjumlah RM153,800.
18 Mei 2024, Negeri Sembilan - Sekitar sesi lintas langsung NEGERIfm@ Minggu Perpaduan bersama-sama YBhg.Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Sembilan.
17 Mei 2024, Kuala Lumpur - Sekitar temu bual bersama YBrs. Puan Norihan binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara di Radio Klasik pada 17 Mei 2024.