1 Oktober 2022, Pahang - Perlawanan Liga Sukan UNITI bagi peringkat negeri Pahang meriah dengan kehadiran penyokong dan pasukan berbilang kaum.
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Dato' Indera Noridah Abdul Rahim turut hadir menyerikan lagi majlis bagi acara penyampaian hadiah kepada juara kategori futsal dan bola jaring yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Jerantut.
Sukan UNITI yang diadakan ini bukan sahaja untuk mengasah bakat pemain malah dalam pada masa yang sama bagi mempamerkan kekuatan dan semangat pelbagai kaum dalam sebuah kumpulan demi mencapai kemenangan dalam acara yang dipertandingkan.
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah terlibat dalam aktiviti Sukan UNITI Peringkat Negeri Pahang. Syabas kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan pada kali ini.