8 Oktober 2022, Perak- Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang telah diadakan sejak 29 September lalu ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat muhibbah dan perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia. Acara yang berlangsung di Aeon Midtown Falim, Perak ini cukup meriah dengan pelbagai aktiviti silang budaya yang diadakan kepada pengunjung yang hadir. Melalui Galeri UNITI ini, Kementerian Perpaduan Negara membawa momen-momen UNITI untuk dipersembah dan dipertontonkan kepada Keluarga Malaysia yang hadir di lokasi-lokasi yang ditetapkan.