4 Februari 2023, Johor - Pagi ini, telah berlangsung Majlis Pelancaran Projek Akuagro Rukun Retangga Johor bertempat di KRT Zon Bacang, Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Projek ini merupakan inisiatif di bawah Gerak Kerja KRT Sejahtera yang memberi tumpuan bagi membantu mengukuhkan ekonomi komuniti Rukun Tetangga dengan menggabungkan elemen kebun sayuran dan ternakan ikan. Sebanyak 34 KRT di seluruh Johor telah mengusahakan tanaman sayuran dan ternakan ikan secara bersepadu dalam komuniti setempat dan sebanyak 20 projek baharu akan diperluas pada tahun 2023.
Majlis Pelancaran Projek Akuagro Rukun Tetangga Johor telah disempurnakan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah JPNIN, YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, YB Dato' Asman Shah Abd Rahman, ADUN Tiram, YB Tuan Haji Azizul Bachok, Pengarah JPNIN Johor, YBrs. Puan Suraya binti Wen dan Ketua Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW), YBrs. Encik Nordin Abdul Malek.