26 Jun 2023, Kuala Lumpur -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke sesi Walkabout sekaligus menyempurnakan Majlis Perasmian '100 Tahun Sinema Malaysia'. Beliau sempat menyantuni dan beramah mesra bersama karyawan dan penggiat seni tanah air negara yang turut hadir ke progam tersebut.
'100 Tahun Sinema Malaysia’ merupakan tema yang diangkat bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Industri Perfileman Negara pada tahun ini.
Pameran ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang dibawa oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui penyaluran maklumat yang sangat berguna kepada rakyat Malaysia untuk memahami dan meningkatkan kesedaran serta apresiasi terhadap peranan industri perfileman di Malaysia.Pameran '100 Tahun Sinema Malaysia' ini akan berlangsung sehingga 23 Julai 2023 mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang.