24 Jun 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Program Gerak Rahmah 2023 ‘Jom Bersih dan Indah’ di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Uma Belor, Sungai Asap, Belaga, Sarawak yang melibatkan dua belas (12) KRT dengan penyertaan seramai 500 orang masyarakat setempat. Program ini juga telah berlangsung serentak di seluruh negara melibatkan 4,200 lokasi KRT.
YB Datuk Aaron menyatakan bahawa aktiviti gotong-royong yang dijalankan sempena program ini menerapkan unsur Lestari Alam Sekitar yang dapat memupuk nilai murni mencintai alam sekitar dalam kalangan warga KRT dan komuniti.`Jom Bersih & Indah’ merupakan program di bawah inisiatifGerak Rahmah 2023 yang dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Program ini merupakan salah satu daripada Agenda Kerja KRT atau RT4ALL iaitu di bawah Gerak Kerja KRT Bersih & Indah.