17 Jun 2023, Melaka -Ini Warisan Kita telah dimulakan dengan Program Warisan Masyarakat Siam Kelantan pada 17 Jun 2023 dan diteruskan lagi pada hari ini ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah untuk menjejaki etnik Chetti dan Portugis. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memelihara dan memulihara kepelbagaian warisan negara yang menjadi tunjang kepada perpaduan sekaligus meningkatkan semangat jati diri dan rasa cinta kepada tanah air.
Di sebelah petang, YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah berpeluang untuk turun ke lokasi program sekaligus mendengar taklimat ringkas berkenaan sejarah , tradisi dan warisan masyarakat Portugis di Melaka.