14 Jun 2023 –Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2023 yang telah bermula pada 9 hingga 16 Jun 2023.Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya generasi muda terhadap peranan dan kepentingan institusi arkib dan bahannya. Pelbagai program signifikan dilaksanakan secara fizikal dan dalam talian berfokuskan pemeliharaan khazanah dan warisan arkib sedunia.Mengangkat tema ‘Archives United’, penganjuran sambutan ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ dalam usaha memelihara dan melestari bahan arkib sebagai warisan khazanah negara untuk menyemai dan memupuk serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara.