23 September 2023, Kuala Lumpur -Penubuhan Yayasan Tunku Abdul Rahman merupakan satu tanda penghormatan kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Y.T.M.Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan objektif penubuhan untuk membangunkan generasi muda Malaysia bagi membentuk masa depan yang lebih baik melalui akses dan pemerkasaan pendidikan tinggi.Selama 57 tahun, Yayasan ini telah membantu lebih 9,000 belia dan kini mereka memberi fokus untuk memperkasakan golongan muda, terutamanya daripada latar belakang yang kurang berkemampuan melalui program-program yang dilaksanakan seperti 'Closing The Gap', 'Future Ready' dan banyak lagi.Dalam Sambutan 57 Tahun Yayasan Tunku Abdul Rahman, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara merangkap Pengerusi Yayasan Tunku Abdul Rahman telah menyampaikan amanat melalui rakaman video kepada semua yang telah hadir ke Sambutan tersebut.Dalam majlis yang sama, Yayasan Tunku Abdul Rahman telah menjalankan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan penerimaan tajaan dan biasiswa daripada lapan organisasi yang terlibat.