20 September 2023, Kuala Lumpur -Bengkel Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Di peringkat Kementerian Perpaduan Negara (KPN), bengkel pemantapan AKRAB telah dilaksanakan oleh Seksyen Sumber Manusia dengan melibatkan ahli-ahli AKRAB KPN.Bengkel ini bertujuan membentuk kesegaraman dalam pelaksanaan fungsi AKRAB KPN serta mempertingkatkan kompetensi membimbing. Melalui bengkel ini, peranan ahli AKRAB di KPN dapat terus diperkasakan dalam membantu menyokong pemupukan budaya kerja positif dan kesejahteraan warga KPN keseluruhannya.