FAQ SOALAN LAZIM
BERKAITAN PEMBUKAAN RUMAH-RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
1. Adakah semua rumah-rumah ibadat dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?
Hanya rumah-rumah ibadat yang berada di dalam Zon Hijau dan telah mendapat kebenaran MKN dan KKM sahaja yang dibenarkan beroperasi MULAI 10 Jun 2020. Tempoh kebenaran beroperasi adalah tertakluk kepada masa-masa yang dibenarkan sahaja.
2. Adakah SOP telah melibatkan sesi libat urus dengan pihak-pihak yang berkenaan?
SOP ini telah dibincangkan bersama KKM dan MKN serta semua wakil-wakil badan agama dari enam (6) agama utama. Susulan itu, SOP ini telah diluluskan didalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 21 Mei 2020.
3. Apakah perkara-perkara yang perlu dipatuhi penganut-penganut agama semasa melakukan ibadat di rumah-rumah ibadat?
BILANGAN KEHADIRAN
SEBELUM MASUK KE RUMAH IBADAT
SEMASA BERADA DALAM RUMAH IBADAT
SELEPAS ACARA KEAGAMAAN DALAM RUMAH IBADAT
4. Apakah tanggungjawab utama yang perlu dimainkan oleh pihak pengurusan badan-badan agama sebelum membenarkan penganut-penganut agama mereka menjalankan upacara keagamaan di dalam rumah-rumah ibadat?
SEBELUM MASUK KE RUMAH IBADAT
5. Selain garis panduan umum tersebut, adakah pihak pengurusan rumah-rumah ibadat dibenarkan untuk mengeluarkan SOP lain yang perlu dipatuhi?
Tidak, semua badan agama bukan Islam tidak boleh mengeluarkan SOPsendiri dan hanya SOP ini sahaja perlu digunapakai oleh semua badan agama bukan Islam berdaftar di seluruh Malaysia.
6. Adakah upacara perkahwinan turut dibenarkan dilaksanakan di rumah-rumah ibadat?
Upacara perkahwinan di Rumah-rumah Ibadat ditangguhkan sehingga 31 Julai 2020. Arahan penangguhan ini berdasarkan surat daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara bertarikh 12 Mei 2020.
7. Adakah urusan pendaftaran perkahwinan juga ditangguhkan sehingga 31 Julai 2020?
Urusan pendaftaran perkahwinan tidak termasuk di dalam SOP ini dan perlurujuk kepada Jabatan Perdaftaran Negara. Pautan seperti di bawah:
https://www.jpn.gov.my/wp-content/uploads/FAQ- Perkhidmatan-JPN-Sepanjang-Tempoh-PKPB-kemaskini-15-Mei-2020-BKC-Soalan-14.pdf
8. Adakah badan agama bukan Islam perlu memohon jika ingin memulakan operasi pada atau selepas 10 Jun 2020?
Ya. Permohonan lain daripada badan-badan agama akan dibawa oleh pihak Kementerian kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk kelulusan dari masa ke semasa.
Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan SOP Pembukaan Rumah Ibadat, boleh menghubungi emel di bawah.
KEMENTERIAN PERPADUANNEGARA
22 MEI 2020
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2020 Kementerian Perpaduan Negara
Tarikh Kemaskini : 13/04/2021