SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Perkhidmatan Arrow Perkhidmatan Lain Arrow e-Penyertaan Arrow Perlindungan Data Peribadi

Objektif

  • Mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data agar ia digunakan dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan.

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi

Prinsip Am: di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain

Prinsip Notis dan Pilihan: di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan

Prinsip Penzahiran: tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.

Prinsip Keselamatan: apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.

Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan

Prinsip Integriti Data: setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.

Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan APDP 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu iaitu apabila Akta ini telah berkuatkuasa:-

  1. Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu;
  2. Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka, pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak JPDP melalui alamat aduan yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan boleh dijalankan;
  3. Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka, ia bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan.

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan

Anda hanya perlu menulis surat kepada atau e-mailkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut:-

  1. Nama organisasi atau orang yang anda mengadu;
  2. Menerangkan sebab kebimbangan anda;
  3. Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;
  4. Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.
Bil Dokumen  
1 Kertas Rundingan Awam : No.2/2012 Berkaitan "Cadangan Perincian Golongan Pengguna Data Dan Fi" Di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) Muat Turun
2 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Muat Turun
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet