Latar Belakang
Bahagian Kewangan dan Pembangunan (BKEP) ialah suatu Bahagian yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan pengurusan kewangan dan penyelarasan pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kawal selia Kementerian.
Di awal penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020, urusan kewangan dan pembangunan Kementerian diletakkan di bawah tadbir urus Seksyen Kewangan dan Perolehan serta Seksyen Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, kedua-dua seksyen tersebut telah beroperasi secara berasingan melalui pewujudan Bahagian Kewangan dan Pembangunan dengan peruntukkan sebanyak 32 perjawatan. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) Seksyen iaitu:
- Seksyen Kewangan
- Seksyen Perolehan
- Seksyen Pembangunan
Objektif
- Memastikan pengurusan kewangan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
- Merancang dan menyelaras projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian serta memantau kemajuan prestasi fizikal dan kewangan bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian.
Fungsi
SEKSYEN KEWANGAN
Pelaksanaan & penyelarasan:
- Menguruskan Anggaran Belanjawan Mengurus Kementerian
- Menguruskan Bayaran dan Emolumen Kementerian.
- Menguruskan Penyaluran peruntukan kepada program/ aktiviti
- Menguruskan kawalan dan penilaian prestasi perbelanjaan kementerian
- Menguruskan Perakaunan Bayaran, Terimaan, Amanah, Aset dan Pelaporan Penyata Kewangan Kementerian
- Menguruskan Tadbir Urus Akaun Belum Bayar (ABB) dan Akaun Belum Terima (ABT)
- Menguruskan Khidmat nasihat bagi Pengurusan Kewangan
SEKSYEN PEROLEHAN:
- Menguruskan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan.
- Menguruskan lembaga Lembaga Perolehan, Jawatankuasa Sebut Harga dan Pasukan Petugas ePerolehan Kementerian
- Menguruskan Pentadbiran kontrak perolehan bekalan, perkhidmatan dan perunding (Kajian Bukan Fizikal) Kementerian
- Menguruskan permohonan kelulusan khas Pegawai Pengawal dan Kementerian Kewangan.
- Menguruskan Permohonan tiket penerbangan (PO/WPUA)
- Menguruskan Padanan Bayaran Perolehan Kementerian
- Menguruskan Khidmat Nasihat Urusan Perolehan.
SEKSYEN PEMBANGUNAN:
- Menguruskan keperluan kemudahan fizikal Kementerian dan Jabatan
- Menguruskan projek Kementerian secara menyeluruh terhadap pelaksanaan projek jabatan dan agensi di bawah Kementerian
- Menguruskan permohonan Anggaran belanjawan Projek dan Program baharu dan sambungan bagi setiap Rancangan Lima Tahun Kementerian.
- Menguruskan Pengemaskinian pelaporan projek dalam Sistem MyProjek.
- Menguruskan perancangan Penilaian Outcome Projek dan Program.
- Menguruskan khidmat Nasihat Teknikal.