Latar Belakang
Unit Komunikasi Korporat (UKK) ialah suatu Bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengendalikan penyampaian serta penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam, media, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.
Unit Komunikasi Korporat diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, UKK hanya diperuntukkan dengan lima (5) perjawatan sahaja. Namun, struktur organisasi UKK telah diperkukuhkan dengan tambahan tujuh (7) jawatan selaras dengan Model Perjawatan UKK yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2023. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) cawangan iaitu:
- Cawangan Hal Ehwal Korporat
- Cawangan Komunikasi Strategik
- Cawangan Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan