SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Corporate Arrow Background of The Ministry Arrow Division Functions Arrow Bahagian Dasar Dan Hubungan Antarabangsa

Latar Belakang

Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) dipertanggungjawabkan untuk merancang, menggubal, menyelaras, memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar sosial berkaitan perpaduan melalui program dan aktiviti untuk memastikan Visi dan Misi Kementerian tercapai. Bahagian ini juga menerajui usaha dalam memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada penglibatan dan keahlian dalam pertubuhan dan organisasi antarabangsa.

Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, BDHA hanya diperuntukkan dengan 22 perjawatan sahaja. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, struktur organisasi BDHA telah diperkukuhkan dengan tambahan lima (5) jawatan menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan ialah 25 jawatan. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) seksyen iaitu:

  1. Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik
  2. Seksyen Keurusetiaan Strategik
  3. Seksyen Hubungan Antarabangsa

Objektif

  1. Merealisasikan pelaksanaan dasar-dasar perpaduan negara oleh semua pihak demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.
  2. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap Dasar Perpaduan Negara melalui perkongsian pintar (Smart Partnership) bersama kementerian yang berkaitan serta pihak swasta dan Badan Bukan kerajaan.

Fungsi

SEKSYEN DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK:

  1. Merangka, menggubal, memantau dan menilai dasar / pelan strategik di bawah Kementerian
  2. Menyelaras maklum balas / pelaporan RMK, OBB dan UPAB
  3. Merancang, memantau, menilai dan melapor pelaksanaan MPI dan KPI Tier Kementerian
  4. Merancang dan menyelaras persiapan Persidangan Parlimen
  5. Menyelaras penyediaan Memorandum / Nota Jemaah Menteri
  6. Mengenal pasti, menyelaras dan melaksanakan kajian-kajian sosial berdasarkan kepada hala tuju Kementerian
  7. Menyelia urusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan perolehan bahagian

SEKSYEN KEURUSETIAAN STRATEGIK:

  1. Mengurus, merancang, melaksanakan, memantau dan mengurus setia mesyuarat yang dipengerusikan oleh PM, TPM, Menteri dan KSU seperti berikut – MPPN, MExUnity, Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi
  2. Mengurus hal ehwal berkaitan pentadbiran Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan Majlis Mesyuarat YB Menteri Perpaduan Negara bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) seperti:
  3. Melantik ahli MPPN dan MExUnity.
  4. Merancang jadual mesyuarat dan aktiviti MPPN dan MExUnity selaras dengan terma rujukan yang ditetapkan.

SEKSYEN HUBUNGAN ANTARABANGSA:

  1. Mengenal pasti dan menyelaras program-program kerjasama di peringkat antarabangsa.
  2. Menyelaras sesi kunjungan hormat delegasi dari luar negara.
  3. Menyelaras program Lawatan Kerja Rasmi Luar Negara melibatkan YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kementerian / Jabatan.
  4. Menyelaras input Kementerian dan Agensi bagi pelaporan Laporan Pemantauan Saranan Perkembangan Penilaian Sejagat (Universal Periodic Review (UPR).
LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In